Monday, November 1, 2010

Karakter Rasulullah

"Rasulullah saw,memiliki perawakan yang sedang,tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek.Tubuh beliau menarik(Riwayat Tirmidzi,Bukhari,Muslim dan Ahmad)

Ali ibnu Abi Thalib menggambarkan ciri fizikal Rasululllah SAW..
"Postur tubuh Rasulullah SAW tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek.Beliau memiliki perawakan yang sedang dibandingkan kaumnya.Rambut beliau tidak terlalu kerinting dan tidak lurus tergerai.Beliau berambut ikal,tidak gemuk dan wajah beliau tidak terlalu bulat.Kulit beliau putih kemerah2an.Beliau,memiliki bola mata hitam yang pekat,bulu mata yang lentik,serta bahu yang lebar dan tidak berbulu.Telapak tangan dan kaki beliau tebal.Ketika berjalan,beliau seakan2 melangkah menuruni tanah yang landai.Ketika menoleh belaiu menoleh dengan seluruh badan.Di antara kedua bahu terdapat tanda kenabian.Beliau adalah nabi terakhir,manusia yang paling lapang dada,ucapannya paling bisa dipercayai,karakter paling lembut dan cara bergaulnya paling mulia.Siapa pun yang pertama kali melihat belaiu pasti segan.Tetapi orang yang telah lama bergaul dengan beliau pasti mencintai beliau.Siapa pun yang mencoba menggambarkan karakter beliau pasti berkata"Aku tidak pernah melihat seorang pun yang sama seperti Rasulullah SAW,baik sebelum maupun setelah belaiu wafat"...Riwayat Tirmidzi,Ubnu Saad dan Baihaqi


PETIKAN DARI BUKU SYAMAIL NABI MUHAMMAD

Tuesday, October 19, 2010

Kenali Keperibadian Rasulullah






Syamail Muhammad s.a.w. ialah himpunan hadis oleh Imam al-Tirmizi tentang Rasulullah s.a.w. dalam 5 aspek kehidupan Baginda iaitu:
  1. FIZIKAL: Tanda kenabian, rambut, uban, celak, berbekam, pakaian, aksesori, kasut, sandal, cincin, pedang, baju besi, pelindung kepala, serban, sarung dan tempat tidur.
  2. PERILAKU: Cara berjalan, duduk, bersandar, bertopang, tidur, makan, jenis roti, lauk, gelas minum dan buah-buahan.
  3. IBADAH: Wuduk, doa, wangi-wangian, solat Dhuha, solat sunat di rumah, puasa dan membaca al-Quran.
  4. PERHUBUNGAN & AKHLAK: Berbicara, ketawa, bergurau, bersyair, berbual, bersifat tawaduk, rasa malu dan tangisan.
  5. PENGHIDUPAN: Nama-nama Rasulullah, penghidupan, usia, kewafatan, warisan dan mimpi melihat Rasulullah.
@
 Antara Isi Kandungan.
  1. Karakter Fizikal Rasulullah
  2. Tanda kenabian.
  3. Rambut Rasulullah.
  4. Kerapian Rambut Rasulullah
  5. Bercelak
  6. Berpakaina
  7. Kehidupan Rasullullah.
  8. Sandal Rasulullah
  9. Serban Rasulullah
  10. Cara Rasulullah Berjalan.
  11. Cara Rasulullah Duduk.
  12. Cara Rasulullah Makan.
  13. Lauk Pauk Rasulullah.
  14. Wuduk Rasulullah
  15. Buah2an yang Rasulullah Makan.
  16. Cara Rasulullah Menggunakan Wangian.....dan banyak lagi..